WAQAF - PROJEK PENGGANTIAN SILING & PENDAWAIAN SEMULA ELEKTRIK MASJID AL ISTIQAMAH SUNGAI MERAB
JOM BERWAQAF
PROJEK PENGGANTIAN SILING DAN PENDAWAIAN SEMULA MASJID AL ISTIQAMAH SUNGAI MERAB
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah
daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang
dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
Latar belakang projek
Dalam tempoh sekitar 2 tahun ini telah berlaku 3 kali kejadian siling jatuh di masjid ini. Kejadian yang terakhir berlaku pada awal Oktober yang lalu. Alhamdulillah walaupun sudah berlaku 3 kali, belum berlaku sebarang kecederaan terhadap jemaah
Menyedari bahawa kejadian ini boleh membahayakan jemaah, Ahli Jawatankuasa masjid telah mengambil keputusan untuk menukar siling masjid secara keseluruhan kerana berdasarkan pendapat mereka yang arif, siling masjid ini telah sampai masanya untuk ditukar/
Serentak dengan itu, Ahli Jawatankuasa turut mengambil keputusan untuk membuat pendawaian semula sistem elektrikal masjid yang memang diketahui tidak stabil dan tidak tersusun.
Kerja-kerja yang terlibat
1. Mengganti siling didewan utama masjid
2. Pendawaian semula keseluruhan bangunan masjid secara berfasa dengan fasa pertama adalah di dewan utama masjid.
Kos Diperlukan (Anggaran)
1. Kos penggantian siling dan kerja-kerja berkaitan - RM25,000
2. Kos pendawaian semula fasa 1 (termasuk fittings) dan kerja-kerja berkaitan - RM75,000
3. Kos luar jangka - RM20,000
JUMLAH ANGGARAN KOS DIPERLUKAN - RM120,000
Target Jangkamasa Siap
Jawatankuasa berharap semua kerja-kerja berkaitan sapat dimulakan pada pertengahan bulan Disember 2025 dan siap pertengahan Januari 2026. Sasaran ini dibuat dengan harapan masjid akan digunakan sepenuhnya pada bulan Ramadan, yakni pada pertengahan Februari 2026
Sumber kewangan
1. Sumbangan dalam bentuk waqaf pada harga RM1,000 per lot. Boleh dikongsi bersama, contohnya dari ahli keluarga
2. Membuka tabung khas di masjid
3. Rayuan sumbangan dari sahabat-sahabat dan sektor korporat
Kami berharap jumlah yang diperlukan ini dapat dikumpulkan sepertimana "time line" (Target Jangkamasa Siap) yang disasarkan diatas.
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI DENGAN RENDAH HATI MEMOHON SUMBANGAN/INFAQ/WAQAF DARIPADA DATO'/DATIN/TUAN/PUAN/SDR/SDRI UNTUK MEMBANTU KAMI MELAKSANAKAN PROJEK PENUKARAN SILING DAN PENDAWAIAN SEMULA MASJID AL ISTIQAMAH SUNGAI MERAB
NILAI WAQAF
1 LOT = RM1,000
1/2 LOT = RM500
1/5 LOT = RM200
INSHA ALLAH, INI ADALAH PELUANG KITA BERSAMA UNTUK BERWAQAF DALAM SATU PROJEK KEKAL YANG AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA AHLI QARYAH DAN PARA JEMAAH SEKURANG-KURANGNYA UNTUK TEMPOH 25 - 30 TAHUN LAGI.
Diatas sumbangan/infaq/waqaf anda, kami dahului dengan ucapan terima kasih dan semoga sumbangan/ifaq/waqaf tersebut akan menjadi amal jariah buat kalian semua sebagaimana yang dinyatakan seperti hadis diatas.
Barakallahu feekum